KOPI JANDA
*KOPI JANDA*
Sejarah Kopi Janda
Kopi Janda telah mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2007. Ia telah mula menjadi popular, namun telah mengalami penurunan akibat keadaan semasa, persaingan dari produk-produk lain yang pesat berkembang pada masa sama serta strategi bisnes yang kurang menepati suasana ketika itu. Kini Kopi Janda telah diperkenalkan semula dengan wajah baharu serta strategi bisnes baru yang lebih berdaya maju.
2020 KOPI JANDA DIPERKENALKAN SEMULA
Mulai Oktober 2020, jenama Kopi Janda telah diperkenalkan semula dipasaran dengan business model baharu serta tambahan produk. Jika dulu hanya ada satu Kopi Janda sahaja, kini telah pun ditambah dengan perisa lain dan juga produk lain seperti teh hijau dan yogurt. Selain Kopi Janda Original ada juga perisa lain iaitu Latte, Mocha dan juga produk lain iaitu Green Tea Latte dan Yogurt Berry.
Jadi selain perasa Original, peminat Kopi Janda sekarang boleh merasa perisa Latte dan Mocha. Untuk mereka yang minat teh Jepun sekarang boleh menikmati Green Tea Latte. Untuk mereka yang mementingkan kesihatan khasnya orang perempuan, mereka boleh menikmati Yogurt Berry iaitu campuran berries Strawberry, Blueberry, Raspberry, Blackberry, Beetroot dan Grape.
Kopi Janda amat lazat sekali. Boleh diminum secara panas, sejuk atau Ice-Blended. Apa lagi tunggu? Cuba sekali pasti nak lagi.
- Kopi Janda Ice Blended Original
- Kopi Janda Ice Blended Latte
- Kopi Janda Ice Blended Mocha
- Kopi Janda Ice Blended Yogurt Berry
- Kopi Janda Ice Blended Green Tea
TERIMA KASIH / SYUKRAN
Comments
Post a Comment